Tuesday, March 16, 2010

Akademi Al-Quran VS Akademi Fantasia



Kita dikejutkan dengan penampilan TV9 yang menghidangkan satu rancangan yang diberi nama "Akademi Al-Quran". Ramai dikalangan yang berkebolehan membaca Al-Quran mencuba nasib di dalam pertandingan itu. Bagus dan menakjubkan, kira tidak kiralah pesertanya lelaki atau perempuan kerana perkara sedemikian bukanlah menjadi agenda di Malaysia ini.

Tetapi persoalannya, sejauh manakah glamournya rancangan tersebut kalau nak dibandingkan dengan Akademi Fantasia dan Mentor. Saya rasa jauhnya umpama langit dan bumi. Rancangan Akademi Fantasia dan Mentor mendapat liputan menyeluruh dari media massa. Bermula dari penyertaan, pemilihan, uji bakat. latihan dan bermacam-macam lagi media terus memainkan peranan menaikkan minat anak-muda muda khususnya untuk mengikuti rancangan ini. Hai! hebat sungguh peranan mereka kerana kanak-kanak kecil pun tahu dan hafal waktu siaran rancangan tersebut.

Lain dengan Akademi Al-Quran, liputan tidak menyeluruh, iklan pun tidak seberapa dan kalau kita lihat grafik dan suasana rancangan tersebut juga tidak meransang kepada minat penonton untuk melihatnya. Lainlah kalau yang betul-betul berminat. Kita rasakan seolah-olah perkara yang berhubung dengan Al-Quran ini dipinggirkan atau dianak tirikan.

Apatah lagi hadiah yang ditawarkan tidak sehebat hadiah yang diterima oleh Mawi sedikit masa dulu. Populariti peserta juga tidak ketengahkan.Tidak ada mana-mana pihak samada TV3 mahu pun RTM atau saluran lain yang sudi menemubual mana-mana peserta rancangan tersebut. Ianya tidak di "hightlight" sebagai pembaca Al-Quran terbaik atau contoh kepada remaja lain.

Jelas kepada kita, media di tanah airku ini lebih cenderung kepada hiburan yang boleh merosakkan anak-anak muda, sekali gus membawa kepada perkara-perkara yang tidak baik. Mereka lebih cenderung menggalakkan orang lain mencintai perkara yang dibenci oleh Islam dari perkara yang disukai oleh Islam. Perkara yang berkaitan Islam dikira tidak menguntungkan, sebaliknya perkara yang membelakangi Islam diambil sebagai satu royalti untuk meraih kesenangan yang sementara. Dimana letaknya slogan Islam hadhari yang dicanang-canangkan?

Sedarlah wahai sahabatku semua, sekiranya kita ingin menegakkan Islam tentunya kita akan keseorangan (melainkan yang sealiran dengan kita). Nilai sebuah kesedaran buat seseorang dianggap seperti bungkusan nasi lemak dijalanan, dibuang, disepak, dipijak dan akhirnya jatuh ke longkang dibawa angin. Oleh itu tidak hairanlah sekiranya Johan Akademi Al-Quran nanti tidak dikenal masyarakat atau erti kata tidak glamour seperti Mawi dan Pija!

0 comments:

Post a Comment